Saturday, February 26, 2011

KERETA VS LRT

Bismillahirrahmanirrahim

Ok, kalau kereta lawan LRT korang rasa siapa akan menang? Kalau saya, pemenangnya ialah...*drumroll*
LRT atau Laluan Rileks Tak-jam. Okeh tak. Acah je tu. Hee. So, kalau yang pilih kereta mesti tak puas hatikan kenapa lak LRT menang? LRT bukan boleh drive laju-laju. LRT takde radio. Nak dengar panggilan hangit pagi-pagi pun tak boleh. Lagi-lagi masa dorang kenakan Prof Izi. Haha. Kelakar sangat. Prof tu pun layan je.Terbaiklah prof. Haha.

Oklah. Everything happen for a reason. So the reason saya pilih LRT ialah kerana bak akronim saya memandai buat sendiri tu..LALUAN RILEKS TAK-JAM. TAK-JAM yow..tu yang penting. Sebenarnya saya dah tawar hati sangat-sangat nak naik kereta. Salahkan jam. Jam memang jahat. Saya benci jam. Mari perjuangkan hidup tanpa jam. Tiada jam, tiada kena marah dengan boss, tiada merah pada kad kedatangan, tiada stress.Tiada stress juga maka susu badan juga tidak drop Hehehe.

Lagi satu, bila naik LRT ni, baru saya ada masa mengamalkan amalan yang sihat iaitu membaca. Masuk LRT, cari port baik punya (tapi kalau ramai terpaksalah sumbatkan jela diri), sumbat telinga, buka buka. Masyuk. Lagi dua, bila naik LRT saya berpeluang mengembalikan badan saya masa zaman-zaman anak dara. Aww. Hopefullylah, lemak-lemakku terutama di perut boleh terbakar hangus bila berjalan kaki naik tangga turun tangga. Eh kaki dengan perut berkaitan ke?

Akan tetapi, bak kata orang-orang tua, nobody perfect. So, body LRT mestilah tidak sempurna kerana kadang kala tidak mampu menampung jumlah penumpang yang ramai macam ikan bilis. Bila ada ikan buntal lagilah tak muat. Kesian ikan-ikan bilis macam saya.Eh tapi saya nak jadi ikan gapilah kecil dan cantik banding ikan bilis tu. Hehe. Tapi ikan buntal ok lagi dari skunk, sebab bila skunk masuk, masya-Allah. Lama-lama boleh hilang deria bau weyh.    

So, korang macam mana wahai warga kota, antara kereta dan LRT, yang mana satu idaman kalbu?

No comments: