Sunday, March 13, 2011

Anggun.Zizan, Zain, Altimet.

Bismillahirahmanirrahim

Di malam yang berbahagia ini, saya nak sharing2 is caring dengan korang satu lagu best. Baru first time dengar tadi, dan terus macam jatuh cinta, dan sebab utama saya jatuh itu kerana liriknya. Ya, saya senang jatuh telinga pada lagu yang mempunyai lirik yang bermakna diadun bersama irama yang best seperti rap.(Ooo sebab tu kau suka dengar nasyid ek lagi2 lagu UNIC ft Cat Farish hee)

Maka lagu Anggun nyanyian bersama Zizan Raja Lawak, Zain dan Altimet juga begitu. Lirik rare dan antara yang terbaik dalam scene muzik semasa di Malaya. Ada mesej dan ikutan yang baik dalam senikatanya. Dan paling tak tahan dan agak membuat aku perasan ialah part hitam manis. Aww. Terasa I you. ;P

Okeh dengan itu, mari kita layan dan berkarok bersama youtube.

 

Ini lirik bagi siapa yang nak menghayati senikata sahaja pastu buat irama sendiri,

Anggun  [Zizan Feat Zain Ruffedge & Altimet]
 
(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Verse 1 # Zizan)
KL KL kosa nostra yang bicara,
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda,
Ini kisah teruna dan juga dara,
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda,
Bermula Subaru kelabu berpacu,
Tersekat pandangan ke arah sesuatu,
Tertanya di hati inikah ratu melayu,
Bersama ibu, nyata dia ku mahu tahu,
Harapku temu di destinasiku,
Berkat doa di dada, takdir kau ku temu,
Merisik tanya siapakah dalam kebaya,
Bolehku add Facebook dan Twitter nya,
Ibu memandang ku senyum sahaja,
Sayonara, ku undur sebentar ya,
Malu ku mahu harus bagaimana,
Silakan Altimet wakilkan bicara.

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di matamu,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Verse 2 # Altimet)
Salam, Si Anggun apa khabar,
Wajah seperti yg terpampang di layar,
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti Saidatina Khadijah,
Tumpang tanya siapa yang jadi teman,
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an,

Tak marah, terkilan pun bukan,
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan,
Maaf jika hamba kurang sopan,
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan,
Maaf jika hamba terlebih melopong,
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong,
Mungkin juga ada pusingan kedua,
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama,

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

(Bridge #)
Diri kamu memukau ku,
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana?)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru

(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.
 .....

Dan saya paling suka part Altimet anak Farit Ismeth Emir tu. Lagu Syukur dia pun saya suka. Ada moral of the song untuk pendengar. Layannnn (^_^)v


           
Psst,perasan tak kat entry saya sekarang ada butang like?I like. You like? (Kalau ya like, klik la like tu, komen 

No comments: