Thursday, May 19, 2011

A Mother Inspiration

Bismillahirrahmanirrahim

Lama kan tak update.
Last pasal takut.
Alhamdulillah, takut dah hilang. Kejap.
Selagi tak habis belajar ni takut harus ada.
Bukan takut nak berjaya, takut tak habis.
Wish me luck ye kawan-kawan. (T.T)

By the way, nak minta jasa baik pembaca like page ni, Fatima. <---klik di sini.
Tolong like je, tapi kalau nak tolong beli lagi I suka U.
(^.~)

 klik gamba pun boleh ;)

Page ni sebenarnya di buat atas sebab minat yang yang tak berapa nak passion iaitu berniaga.
Tapi sempena hari ibu yang lepas, passion itu kembali.
Bukan sebab saya teruja meraikan hari ibu buat kali pertama. Takde feel pun.
Tapi sebab mengenangkan emak saya yang tercinta.
Saya banyak berhutang jasa dengan mak.
[Berhutang wang pun ye juga. (-.-)']
Antaranya, kalau emak takde saya tak tahu siapa yang akan jaga Aisyah.
Di saat saya buntu cari babysitter atau taska untuk Aisyah, emak buat keputusan drastik lagi bombastik.

"Emak dah pencen. Tapi sekarang dikira cuti tanpa gaji. Sementara abah tak dapat visa, biarlah mak jaga Aisyah."

Mak tak cakap camtu, tapi lebih kurang macam tulah.
Dalam hati rasa terharu, tergembira, terkejut, tertak-sangka, tertanya biar betul mak ni.
Memang betul.
Dan sampai hari ini, eh hari ini saya jaga sebab mak pergi Jakarta.
Maksud saya, selagi mak tak pergi bermaustatin di Jakarta dengan abah, maklah yang jaga Aisyah.
InsyaAllah.
Aisyah pun sekarang kalau nampak nenek je senyum sampai telinga.
Jeles ummi tau Aisya..

Oleh itu, sempena nama emak, saya cuba bina satu online blogshop dengan nama Fatima.
Mak pun nak tolong sama.
Katanya boleh hilang rasa boring sambil tambah pendapat sebab sekarang tak dapat gaji.
Sobsobsob sedih dengar mak cakap macam tu sebab saya tak dapat lagi nak hulur duit kat mak bulan-bulan secara konsisten.
Jadi besar harapan kalau berjaya dengan Fatima ni bolehlah saya tolong mak dan keluarga.
Mak tunggu apat habis belajar, nanti apat cari kerja bagus-bagus.
Dan ..sobsobsob..sedihlah pulak. (T.T)
Dahlah.

Korang tolong like jela eh..eh..
Thank you so muchy.
Syukran jazilan.<3

------

Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (AQ 25:47)



No comments: