Wednesday, July 6, 2011

Selamat Hari Jadi ke-10

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Hari Jadi ke-10 tahun IKIM.fm. Pilihan utama saya.
Tak sangka dah 10 tahun bersiaran saluran IKIM nih.
Tapi saya tak sure dah berapa tahun saya follow siaran IKIM nih. -.-

Saya suka dengar IKIM sebab radio ni banyak pengisian untuk jiwa-jiwa yang kadang kosong dan lupa seperti saya :P Kalau saya dengar, automatik saya akan jadi baik dan nak berbuat baik sepanjang hari. Iyelah manusia nikan sering lupa makanya dia harus selalu diingatkan. Tapiii, jadi baik bukan bermaksud jadi hipokrit, akan tetapi itulah tanggapan ramai orang, selalu kalau orang baik atau nak buat baik ramai pandang macam hipokrit. Lagi-lagi orang itu jenis gila-gila remaja. Kalau orang buat jahat atau perangai tak senonoh tak pulak orang cakap hipokrit. Just be yourself pulak dorang kata.
Padahal kalau ikutkan fitrah manusia kita semua nih lahir dengan hati bersih bak kain putih maka haruslah jadi baik :)  

Sekarang pun dah jarang-jarang dengar IKIM. Selalu kena berebut :( Dulu kalau masa zaman belajar memang time study bersama IKIM. Lagi-lagi kalau ada lagu nasyid. Best. Sukanya mendengar IKIM sampai pernahlah 2 kali dalam sejarah hidup telefon konti IKIM. Sekali masa tengah malam, zaman matrik Johor dulu. Tuju lagu kat kawan-kawan yang dah tidur. Haha. Yang second tahun lepas kot, telefon untuk dapatkan resepi mee wantan kat chef apekenamenye. Hehe. 

So itulah antara kenangan mengusik jiwa dengan IKIM. Sekarang dah jadi isteri and ummi suka dengar segmen-segmen parenting dan rumah tangga macam sengmen bersama Prof Ismadi atau Mahligai Kasih ;) Oh pagi tadi dengar segmen Jomlah Kita Berbahasa Arab. Dah best sikit sekarang. Dulu masuk je segmen tu tukar channel lain. Yang mengajar boring. Sama macam yang mengajar arab tinggi dulu. Huhu :P Tapi pagi tadi dah tukar orang. Best. Teringat kat ustaz and ustazah kat SMKAM yang mengajar Arab. Rindulah. Oh segmen pagi-pagi pun dah makin best. DJ dia lebih 'fresh'. Tahniah IKIM. Banyak lagi yang perlu ditingkat supaya lebih berjaya di masa akan datang dengan kualiti setaraf radio famous amos lain. Happy Birthday.


ps: dalam hati ada hati gak nak jadi DJ IKIM. hehe ;)

 



No comments: