Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Abah

Bismillahirrahmanirrahim

(Belum taip dah rasa emo. T.T)

///



Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Ayah kepada tiga bapa kesayangan saya - Abah KJ, Abah Kepong dan Ayah Aisyah. Terima kasih atas jasa dan kasih sayang kalian. Anda hero kami hari-hari. Alhamdulillah.

Sempena hari bapa ni, saya rasa rindu lebih kat abah yang jauh di mata untuk mencari beberapa suap nasi dan lauk pauk serta duit untuk bayar duit kereta dan bil. Walaupun tak rapat sampai dapat peluk-peluk dan sembang kencang, tapi peribadi dan kenangan zaman kanak-kanak dengan abah buat saya rasa rindu sangat kat abah.

Masa dulu, masa zaman kanak-kanak, abah suka bawa kami jalan-jalan sebab abah ni memang kaki jalan. Tak boleh duduk lama kat rumah, sampai sekarang. Kalau balik rumah, tetiba abah hilang; keluar berjalan. Jadi kami adik beradik dari kecik dah berjalan keliling Malaysia. Lepas tu, kalau balik kampung mesti abah cerita pasal kehidupan abah masa kecik-kecik kat kampung. Setiap kali balik kampung abah rewind cerita tu, kecik2 dulu rasa boring gak tapi bila dah lama tak dengar ni rindu pulak. Abah juga jenis kreatif buat lagu pendek yang kelakar, satu lagu yang memang legend "tipu dosa, masuk neraka tinggal rangka", ada lagi satu tapi boleh pulak lupa, yang ingat "tarik misai keluar janggut" huhu.

Dan dari kecik, memang saya jadikan abah sebagai batu pengukur untuk calon suami. Kecik-kecik dulu dah berangan dalam hati "nanti kalau nak kahwin, apat nak cari suami macam abah; boleh jadi imam, hafal surah panjang, kelakar, kuat, pandai bertukang, pandai betulkan paip, pandai tanam pokok, kerja petronas haha pandai buat kelakar dan semua ciri yang ada kat abah lah". Tapi bila time abah garang lupa semua angan-angan tu. Adik no-4 ke bawah dikira untung sebab bila semakin berumur abah dah kurang garang, bila kurang garang, jaranglah kena dengan abah. Kalau ponteng pun takdela sampai kena makan hanger ke rotan ke macam kakak and abang dorang dulu, huhu. Masih segar dalam ingatan kena hanger kat atas punggung tu. Padan muka saya sebab tak nak pergi sekolah pepagi dah sarapan hanger. Ingat kan takde pape, sekali time tukar baju dan seluar PJ tiba-tiba rasa sakit. Baru tau kuat tak kuat abah pukul. T_T huhu.

Bila semakin matang, dah mula ambil tahu pasal family kecik dan besar, baru sedar abah ni seorang yang sangat pemurah. Pesan abah, kalau orang minta bagi je apa yang kita ada and mampu, rezeki tu Allah yang bagi, lagi banyak kita bagi orang, insyaAllah Allah bagi kita pun lagi banyak. Sebab tu, abah memang tak berkira pasal duit, sampai saya rasa macam semua orang nak ambil kesempatan kat abah. Sedih betul. Rasa nak picit je orang-orang itu.

Sekarang bila abah dah jadi atok, saya happy sangat sebab dapat tengok sisi abah yang dulu masa layan kami kecik2. Aisyah pulak dengan atuk ngam. Kalau atuk balik ngendeng je kejenye.

Dan saya juga happy sangat dapat abah mertua yang sangat baik and caring. Kebetulan pula abah dan abah mertua sekampung, siap dulu schoolmate kat Ayer Baloi uolls. Bila tau, terasa keciknya dunia ni. hehe. Tapi walaupun sekampung tapi both ada persamaan and perbezaan personaliti. Kalau saya jadi Aisyah mesti saya berangan "saya nak suami yang mix both personality atuk saya. Sebab bila gabung rasa terus jadi Mr Perfect!" Tapi saya ummi Aisyah, jadi saya hanya boleh berangan nak dapat menantu macam tulah nanti. Amin. Haha.

///

Alhamdulillah.





1 comment:

noorkhamisah said...

the most important post! good job dear!