Friday, October 12, 2012

Anda sangat power!

Bismillahirrahmanirrahim

/// 

Ya, anda sangat power.
Seperti power rangers, tapi anda lebih hebat.
Sebab power yang anda perlu keluarkan sangat tidak bersusah payah seperti power ranger yang perlu tukar baju ketat kalerful, pakai topeng yang rimas serta menghunus senjata membahayakan nyawa.  Power anda hanya dengan duduk rileks depan internet, daftar dengan akaun FB sedia ada dan tekan butang Vote. Kacang tanah cap tangan bukan?

Anda juga sangat power sebab setiap undi anda yang akan menentukan parti pemenang.

Maka dengan itu marilah mari, pergi mengundi untuk menentukan pemenang pertandingan "I need MRT because...." anjuran MRT Corp.
Kalau anda ada slogan best berserta gambar yang awesome, anda juga boleh bersama2 menyertai pertandingan yang menjanjikan hadiah hebat ini. 
Dan yang paling penting adalah pendapat anda tentang MRT boleh diluahkan kepada pihak MRT Corp. Yehaa. <---- ayat sedapkan hati kalau tak menang. Haha.
Maka, tanpa membuang masa sila klik di sini: 


Kemudian daftar. Kalau tak cukup masa nak isi borang, daftar dengan FB akaun sahaja.
Kemudian lagi, pilih anda nak buat apa join atau vote. Pilihan di jari anda.
Pastu tunggu beberapa minit untuk diluluskan dan Alhamdulillah kalau tidak ada unsur2 memudaratkan, yeay, dah siap dan sedia untuk menunggu vote.
Kemudian lagi dan lagi, bolehlah war2kan kat keluarga dan sahabat handai. Kalau mereka suka tolong vote, kalau tak suka, kena vote jugak. Kalau tak "nanak awan". haha

So, yeah..suruh orang, yang penyuruh haruslah join dulu.
So this is my entry (apa pasal terus speaking Chelsea ni?)

1st entry 

I need MRT because I can save more time to read my favourite books :)
Entry pasal buku ni, memang based on my own experience masa naik LRT pergi balik kerja dulu. Masa dalam LRT is my best hour to read my favourite book. Sambil tunggu bas kat stesen Datuk Keramat pun iye. Sambil tunggu encik suami tak, sebab masa tu time balik, lapar, jadi ia adalah masa yang best untuk makan kuih-muih yang dijual oleh pakcik kat bawah stesen LRT Taman Jaya. Omnomnom.

VOTE DI SINI 

2nd entry
I need MRT because I can have more time to get my "beauty sleep".
Entry ni pun sama la jugak, based on pengalaman sendirian berhad. Masa pagi2, kalau naik LRT selalu nampak orang yang duduk seakan2 tertunduk2 malu atau duduk sambil melakukan headbanging atau lebih ekstrem duduk sambil menghidup udara tak berapa segar dalam LRT melalui mulut yang terbuka luas. Nasib baik lalat ada sayap dan tak perlu naik LRT. Ahaks. So yeah, LRT dan adik beradiknya seperti MRT memang tempat yang heaven untuk yang kaki-tidur-lambat-tapi-naik-public transport-awal. It's really a place to get a beauty sleep.

VOTE DI SINI

   
En suami's entry
I need MRT because sejauh mana ku pergi terasa dekat di hati.
Ok ini en suami punya penyertaan. Dia tak de blog, maka sebagai isteri solehah dan pasangan yang sehati sejiwa, haruslah saya membantu dia sekali. Slogan en suami bagi saya agak jiwang, namun saya tetap suka. Tapi saya lagi suka kalau dia letak, sejauh manaku pergi, isteriku tetap dekat di hati. Haa kan sejuk mulut membaca. Hahaha..

So, ya, gunakan kuasa anda, pilihlah daku entryku jadi pacarmu pilihanmu.
Kalau tak pilih, Aisyah kata, "nanak awan!" (tak nak kawan!)
Aisyahlah kata, ummi dia tak, ummi dia ok je. Haha.
Kalau ada kawan2 yang join tu bagitaulah, boleh kita saling bertukar2 pendapat dan paling penting bertukar2 vote. Ahaks.

///

Alhamdulillah.




4 comments:

Nursha said...

mrt tue apa kak?

btw,
comel header akak..
^_____^

http://nurainishahroni.blogspot.com/

Syahida Alfath said...

Salam aini,
MRT tu Mass Rail Transit.
Dia adik-beradik LRT tapi lebih jauh n laju kot.

terima kasih aini.
salam perkenalan :)


Anonymous said...

bg la link nak vote.. please vote for me too! thanks! http://www.mrtmyride.com.my/ViewEntry.aspx?EntryID=3019

Syahida Alfath said...

sorry tak perasan takde link dalam post.
1. http://mrtmyride.com.my/ViewEntry.aspx?EntryID=1462

2.http://mrtmyride.com.my/ViewEntry.aspx?EntryID=1463

i will insyaAllah n thanks!