Thursday, December 19, 2013

Egokah aku

Bismillahirrahmanirrahim

///

Egokah aku, bila sukar menyata maaf..
Egokah aku, bila hati masih mengenang..
Egokah aku, bila masih ada rasa itu..

Maafkan aku, bukan ku mahu begitu
Maafkan aku, terlalu melulu
Menghambur kata menghiris rasa
Maafkan aku, kerana menjadi terlalu perasa
Mungkin kerna terbeban dek rasa yang lama

Aku menunggu waktu itu,
Sama ada ucapan maaf darimu,
Atau saat malu lebur dimukaku,
Ya Allah cepatkanlah waktu itu.
Lembutkan hati hamba-Mu

Ku berdoa,
Ya Allah panjangkan umurku
Ya Allah panjangkan umurmu
Agar kami menyatu,
Menyembuh luka,
Menghilang cela,
Menimbul cinta,
Yang penuh kefahaman dan ketaatan

Ya Allah lembutkan hatiku,
Ampunkan dosaku,
Tunjukkan aku jalan,
Bagi setiap kekusutan.

Amin.

19 Dec 2013
3.02 AM






No comments: