Thursday, November 22, 2012

Pray For Gaza

Bismillahirrahmanirrahim

//

Seperti yang diketahui dunia, pihak tentera Zionis sekarang tengah melancarkan serangan ke bandar Gaza secara besar-besaran sekali lagi. Selepas beberapa puluh bom dan peluru di taburkan, yang paling banyak "pengganas" yang berjaya dihapuskan adalah kanak-kanak yang tak tahu apa-apa. Tak sanggup nak tengok mayat kanak-kanak yang banyak membanjiri wall FB lately. Pilu.

Dan sebagai saudara seagama, marilah sama-sama menghulurkan bantuan. Derma anda walaupun sekecil semut, sangat besar nilainya ketika ini. Pelbagai saluran derma dibuka kini antaranya melalui AMAN Palestin dan Islamic Relief Malaysia. Jom derma. Selain derma, kalau mampu, cubalah boikot produk yang pasti menyalurkan dana untuk Zionis. Ya, tak salah tak dosa untuk tak boikot, tapi kalau saya, saya macam tak sanggup membayar mengunyah dan kenyang sedang saudara seagama di sana berperang dengan musuh yang mengumpul dana membeli bom peluru senjata jet canggih dari hasil pembelian saya. Alhamdulillah walau bukan sepenuhnya tapi sejak serangan pertama ke atas Gaza saya cuba elak membeli di premis berkenaan. Cuma satu yang tak mampu nak tahan. Milo. Kenapa kau sedap sangatt ha? sebelum ni dah dapat pengganti milo iaitu radix koko tapi sejak kahwin susah nak beli sampai la, la ni tak beli-beli. -.-

Maka di akhir kata, jom layan video ni. Pandai betul budak ni bersajak. Bahasa US lak tu.
(Hampeh betul, ada ke video not found bila nak upload direct dari youtube. nasib baik download manager boleh downloadkan. Macih.:)

 
"All your armies, all your fighters All your tanks, and all your soldiers Against a boy holding a stone Standing there all alone In his eyes I see the sun In his smile I see the moon And I wonder, I only wonder Who is weak, and who is strong? Who is right, and who is wrong? And I wish, I only wish That the truth has a tongue...." 

///

Alhamdulillah.
 


    



   

No comments: