Saturday, December 15, 2012

Aisyah 2 Tahun-Lah

Bismillahirrahmanirrahim


///

Alhamdulillah,
23/11/12 yang lepas si kecik bertuah jantung hati saya dan suami dah berusia dua tahun.
Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam masuk bilik bedah.
Terasa macam baru semalam menyusukan Aisyah.
Terasa macam baru semalam tengok Aisyah merah-merah.
Terasa baru semalam, dengar Aisyah mengekek ketawa diagah.
Terasa baru semalam tengok Aisyah mengensot, merangkak, berjalan.
Semua terasa macam baru semalam, segar dalam ingatan.
(Oh terima kasih iPhone kerana merakamkan semua ini.
Jadi Aisyah pun hari-hari mainkan video dia baby-baby dulu.
Haha.)
Dan dua tahun ni, Aisyah makin banyak cakap dengan ummi ayah atuk nenek pakcik makcik.
Dengan orang lain pun banyak cakap tapi memula tu kena warm-up dulu, tahan dia buat muka malu-malu ala-ala garang. Aii ikut muka siapalah muka garang ni. Muka ummi tengok orang senyum je. Muka ayah kot. :P

Alhamdulillah,
Dua tahun Aisyah membesar, rasa senang menjaga.
Alhamdulillah, Allah jadikan Aisyah jarang sakit.
Cuma ada gatal-gatal badan biasa lagi-lagi bila waktu panas.
Demam pun jarang-jarang.
Kalau demam pun letak kool fever je.
Masa injection pun tough, tak nangis sampai ummi pun hairan.
Nak potty train pun senang. Ummi tak sangka.
Subhanallah, kanak-kanak memang genius.


Alhamdulillah,
Dua tahun lebih juga Allah bagi peluang kat ummi susukan Aisyah.
Rasa macam tak percaya ummi dah berjaya lalui 2 tahun penyusuan Aisyah.
Terasa sukar nak memisahkan susu dari Aisyah tapi ummi terpaksa buat.
Maafkan ummi ye sayang.
Aisyah kan dah besar :)

Kesimpulannya, selamat hari lahir sayangku Nuur Aisyah Zinnirah Yang Solehah.
Ummi ayah sayang Aisyah sangat-sangat.
Dan terima kasih Allah atas hadiahMu paling bermakna.
 Semoga kami sentiasa istiqamah dan dekat denganMu dalam mendidik seorang lagi khalifah.
Amin.



Terima kasih nenek dan acik untuk homemade cupcake birthday Aisyah. Sedapp.

///






No comments: